Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini adalah mengenai peranan Pejabat Agama Islam Daerah Taiping dalam urusan pentadbiran dan pengagihan zakat. Bab I adalah mengenai bidang dan batas kajian, tujuan dan kepentingan kajian, teori dan konsep, metodologi dan pendekatan serta kesukaran yang penulis hadapi semasa menjalankan kajian. Bab II mengenai konsep zakat dan keiwibawaannya, sejarah dan kedudukan zakat. Prinsip dan tujuan zakat, jenis-jenis pembahagian zakat serta golongan yang berhak menerima zakat. Bab III mengenai pentadbiran zakat di daerah Taiping, struktur organisasinya dan fungsi serta tugas-tugas kakitangan yang terlibat dalam urusan zakat juga mengenai perlantikan amil, hak dan pengurusannya. Bab IV menegenai pungutan dan pengagihan zakat di daerah Taiping, perbelanjaan untuk golongan yang berhak serta jumlah bilangan orang yang menerima bahagian zakat dan perbelanjaan untuk projek sosial dan ekonomi. Di samping itu untuk melihat apakah masalah yang dihadapi oleh Pejabat Agama Islam Daerah dalam pentadbiran dan perlaksanaan sistem zakat. Bab V merupakan kesimpulan penulis dan beberapa saranan ke arah berkesannya pentadbiran sistem zakat.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS