Date of Award
1-1-1987
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Umum beranggapan apabila seseorang melakukan jenayah, hukuman penjara adalah wajar ke atasnya. Umum juga menganggap dengan memenjarakan mereka yang bersalah itu perlakukan jenayah dapat disekat atau dikurangkan. Walau bagaimanpun, anggapan dan jangkaan tersebut kurang tepat. Sebaliknya perlakukan jenayah terus meningkat dari masa ke semasa. Bilangan banduan di penjara semakin bertambah dengan pesatnya. Kesasakan di dalam penjara kemudiannya menjadi suatu masalah utama. Lanjutan daripada itu, usaha-usaha memulihkan banduan menjadi kurang berkesan. Akhirnya, timbul kesedaran di kalangan setengah pihak yang terbabit dengan sistem pemenjaraan untuk mengadakan lain-lain alternative kepada sistem pemenjaraan secara tertutup ini. Alternatif yang paling mendapat perhatian ialah konsep ‘Penjara Terbuka’. Alternatif ini dianggap dapat memberi sumbangan yang besar dalam usaha-usaha memulihkan banduan dan seterusnya mengurangkan perlakuan jenayah.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
Recommended Citation
Ashari, Harun, "Penjara terbuka – Konsep secara am dan satu tinjauan tentang perlaksanaannya di Penjara Terbuka Marang, Terengganu / Ashari Harun" (1987). Pre-2000 Student Works. 727.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/727