Author

Wai Leng Mah

Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dikemas kinikan tiap-tiap tahun untuk memastikan pencapaian ataupun sekurang-kurangnya mempercepatkan proses perpaduan di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum. Proses i ni memakan masa yang panjang untuk memperlihatkan hasil-hasil kejayaan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kerana pelajar-pelajar datang dari latarbelakang berbeza serta mempunyai sikap dan pandangan yang berlainan terhadap strategi-strategi yang telah diambil dalam perlaksanaan Dasar Pelajaran Negara. Bab Pertama memberikan pengenalan tentang latarbelakang dan tujuan kajian yang dapat memberikan gambaran mengenai pengkajian ini sebenarnya. Bab Kedua pula diutarakan berbagai konsep dan teori yang berhubung dengan peranan polnjaran dalam strategi negara. Berikutan dari itu, diterangkan juga tontang ukuran-ukuran integrasi dan interakai yang telah digunakan dalam kajian ini. Dalam Bab Ketiga dibincangkan mengenai sejarah perkembangan sistem pelajaran di negara ini bermula dari zaman penjajahan Inggeris hingga ke hari ini. Di samping itu, diberi pula suatu gambaran ringkas tentnng kurikulum pondidikan di Malaysia. Bab Kempat memberikan analisis bahagian pertama kajian ini iaitu, mengenai pola interaksi pelajar-pelajar berbagai kaum serta perkaitan di antara pola interaksi mereka dengan toleransi sosial terhadap pelajar-pelajar dari kumpulan etnik lain. Selain dari pada itu, dikaji juga pengaruh faktor-faktor latarbelakang atau pola interaksi semasa pelajar-pelajar. Bab Kelima adalah mengenai keberkesanan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam mengintegrasikan pelajar-pelajar. Bersabit dengan ini, peranan Bahasa Malaysia, Sivik serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum telah dikaji. Bab ini melihat juga sejauh manakah identifikaai pelajar-pelajar sebagai warganegara-warganegara Malaysia. Dalam Bab Keenam iaitu, bab terakhir, pengkaji memberikan kesimpulan keseluruhan penulisan dan beberapa cadangan berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS