Date of Award
1-1-1987
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini dilakukan di Rancangan penempatan semula nelayan di Kampong Kandis. Tujuan kajian adalah untuk melihat kesan sosio-ekonomi para peserta iaitu dengan membuat perbandingan keadaan sosio-ekonomi sebelum dan sesudah menyertai projek. Dalam bab I, dihuraikan tentang tujuan kajian, metodologi kajian serta masalah-masalah di dalam melakukan kajian. Dalam bab II menghuraikan latar belakang kawasan, sejarah geografi kawasan kajian, kemudahan infrastruktur dan lain-lain bentuk kemudahan sosial, struktur pentadbiran dan pengurusan projek serta laporan mengenai kamajuan projek. Bab III dihuraikan tentang latar belakang responden serta cara-cara kemasukan para peserta ke projek. Dalam IV dihuraikan tentang implikasi sosio-ekonomi daripada perlaksanaan Projek Kandis. Huarain dibuat dengan membandingkan keadaan sosio-ekonomi peserta sebelum dan sesudah menyertai projek. Pemerian juga dibuat mengenai gambaran kehidupan sosial di projek. Bab V membincangkan tentang penilaian hasil daripada penemuan-penemuan hasil kajian serta memberi beberapa cadangan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
Recommended Citation
Mohd Noor, Said, "Rancangan penempatan semula nelayan di Kampong Kandis (Satu kajian dari segi sosio-ekonomi) / Mohd Noor Said" (1987). Pre-2000 Student Works. 729.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/729