Author

Ramli Rozazat

Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian telah dijalankan ke atas Rancangan Tanah Belia Perlop II, Lasah, Sg. Siput (U) Perak dari sudut sosio-ekonomi. Kajian dilakukan mengikut rangka penyelidikan sosiologi melalui field work dan kaedah-kaedah utama dalam sosiologi , keseluruhan kajian dibahagikan kepada beberapa bab. Bab I merangkumi aspek rangka penyelidikan meliputi tujuan, bidang kajian. Metod, masalah dan sampling. Ia membolehkan kajian ini bersifat sosiologis. Bab ini juga mengandungi konsep dan teori yang digunakan dalam menjelaskan sesuatu fenomena. Bab II aspek latar belakang kawasan kajian, penubuhan Rancangan Tanah Belia dan latar belakang peserta dan bagaimana aspek latar belakang tersebut dapat menjelaskan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai dalam kajian. Bab III penelitian ke atas struktur pentadbiran, badan-badan yang terlibat dalam pentadbiran dan bagaimana pengkaji cuba menguji hipotesis yang telah dibuat dan juga bab ini menjelaskan aspek perjalanan RTB. Bab IV penilaian ke atas kemajuan sosio-ekonomi dilihat dari sudut produktiviti yang dikaitkan dengan sikap peserta dan pentadbiran, aspek lain berhubung ‘indikator’ ekonomi seperti pendapatan, perbelanjaan, pekerjaan serta indicator sosial seperti kemudahan asas dan infrastruktur serta pembentukan komuniti dikaji dan bagaimana aspek sosio-ekonomi tersebut dilihat dalam hubungan dengan kebenaran hipotesis yang dibuat iaitu ‘kejayaan RTB II berkait rapat dengan kelicinan pentadbiran.’ Bab V rumusan dan kesimpulan dari kesimpulan dari kajian, penemuan-penemuan yang didapati serta beberapa cadangan yang releven dan praktikal untuk memperbaiki keadaan di RTB II.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987.

Share

COinS