Author

Me Lee Chew

Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Latihan Ilmiah ini ialah satu usaha untuk mengkaji peranan wanita dalam kemiskinan di bandar dengan menumpukan perhatian atas komuniti Cina setinggan di Kampung Forest Research Institute (FRI) Kepong, Mengkaji cara hidup wanita dalam memperbaiki keadaan hidup di kawasan setinggan. Latihan ilmiah ini terdiri daripada lima bab. Bab I dikemukakan pengenalan, garis panduan tujuan dan bidang kajian latihan ilmiah, kaedah-kaedah yang digunakan serta beberapa kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan ini. Bab ini seterusnya memberi serba sedikit latarbelakang kawasan kajian serta konsep dan teori yang digunakan untuk dihubungkaitkan dengan masalah kajian. Bab II meninjau peranan wanita dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu dalam keluarga. Kesihatan wanita berhubung dengan peranan mereka. Bab III penekanan dikhususkan pada penglibatan kaum wanita dalam sektor ekonomi, cara pernbahagian masa antara penglibatan dalam sektor ekonomi dan rumahtangga. Organisasi kredit yang dipraktikkan di kalangan wanita juga ditinjau.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987.

Share

COinS