Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Nik Muhammad Salleh Wan Musa merupakan seorang ulama kelahiran Kelantan yang mengemukakan idea pembaharuan di negeri kelahirannya selepas kembali dari menuntut ilmu di Mekah dan India. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga ulama, dibesarkan dalam suasana yang menekankan ilmu lantas mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di luar negara. Kelahiran Kuliah Pengajian al-Qur’an merupakan satu hasrat beliau untuk mempersembahkan kepada masyarakat mengenai ilmu yang dimiliki tentang pentafsiran al-Qur’an. Penulis menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan dan lapangan yang melibatkan metode historis, dokumentasi, dan temubual, untuk mencapai objektif yang telah disasarkan. Disertasi ini bertujuan memperkenalkan Nik Muhammad Salleh Wan Musa dan karyanya, Kuliah Pengajian al-Qur’an, serta mengkaji metodologi yang digunakan ketika menyiapkan karya tersebut. Pemikiran-pemikiran pembaharuan beliau juga akan dianalisis dan dipersembahkan sebagai hasil kajian. Antara pemikiran beliau yang dibincangkan ialah konsep nubuwwah, persoalan tiada paksaan dalam Islam, konsep Islam dan kebangsaan, persaudaraan Islam serta seruan memerangi taklid buta. Penulis berharap kajian ini dapat memberi sumbangan dalam bidang pengajian al-Qur`an. Nik Muhammad Salleh Wan Musa merupakan tokoh yang banyak berjasa semasa hayatnya, dan diharap usaha beliau ini dicontohi dan diteruskan oleh umat Islam di Malaysia dalam memberi kefahaman tentang isi kandungan al-Qur’an.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS