Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Languages and Linguistics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Disertasi ini ditulis berasaskan kajian yang dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. Fokus utama kajian yang dibuat adalah kepada guru-guru yang mengajar AI-Quran dan Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Tahun 1997. Bab pertama merupakan pengenalan yang menerangkan tentang permasalahan pelajar-pelajar membaca AI-Quran secara umum. Kemudian dinyatakan secara ringkas tentang kepcntingan analisis kesilapan, kepentingan kajian ini , ruang lingkup kajian, responden, batasan kajian metodologi dan tinjauan awal kajian lepas. Bab kedua membicarakan tentang cara membunyikan bahasa Al-Quran yang melibatkan makhraj huruf, sifat-sifatnya yang lazim dan yang tidak lazim, mad, qasr, waqaf dan ibtida. Bab ketiga diisi dengan data-data yang dikumpul dan dimasukkan ke dalam jadual mengikut jenis-jenis kesalahan dan dianalisis satu persatu. Daripada analisis yang dibuat, lahir masalah-masalah sebenar tentang kelemahan-kelemahan para pelajar membaca Al-Quran. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah tersebut dan perlu di cari jalan penyelesaian. Bab keempat merupakan rumusan dan cadangan. Dalam bab ini dirumuskan dapatan yang diperolehi dari bab ketiga dan disimpulkan masalah-masalah utama mengikut aspek-aspek tertentu. Seterusnya dikemukakan cadangan penyelesaian bagi masalah­-masalah tersebut.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2000

Share

COinS