Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Academy of Islamic Studies
Department
Department of Aqidah and Islamic Thought
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini adalah berbentuk Library research. Tujuan utama adalah untuk melihat proses perjalanan politik mengikut kaca mata Islam dan juga menjelaskan beberapa kekeliruan umat Islam dalam isu politik. Kajian ini juga cuba mengulaskan beberapa isu pokok seperti isu pengundian, pembinaan parti Islam, membina negara Islam, menyertai pilihan raya, berbilangan jemaah, bekerja dalam kerajaan bukan Islam, proses penurunan pemimpin melalui kaedah demokrasi dan lain-lain. Kajian ini mengambil Said Hawwa sebagai asas kajian pemikiran. ini kerana penulis mendapati beliau adalah antara tokoh yang terlibat secara langsung dalam politik dan banyak menulis buku-buku yang berkaitan dengannya. Hal ini memudahkan penulis mendapat maklumat dan penyelesaian dalam isu-isu tersebut. lstilah Jihad politik pula adalah pengunaan sulung olehnya. Said Hawwa menggunakan istilah ini dalam hampir semua siri buku-buku fikrah tulisannya. Namun begitu bukanlah bererti politik satu perkara yang baru tetapi ia adalah perkara yang telah difahami sejak zaman Nabi Muhammad (s.a.w) dan para ldama silam seperti al-Mawardi, Abu yu'la al-Farra', Imam al-Ghazali, lbnu Taymiyyah dan lain-lain. Selain itu, kajian ini mahu memperlihatkan bahawa keterlibatan seseorang dalam politik samada sebagai pentadbir, penasihat (pembangkang) dan rakyat biasa adalah termasuk dalam urusan kerja jihad yang akan diberi pahala oleh Allah (s.w.t). Kajian ini juga membincangkan Negara Islam yang adil, negara Islam yang menyeleweng dan negara Kafir juga Jihad politik yang perlu dimainkan oleh umat Islam dalan negara-negara itu.
Additional Information
Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Mat Isa, Muhammad Pisol, "Jihad politik : suatu analisis pemikiran Sa`id Hawwa" (2000). Student Works (2000-2009). 148.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/148
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms