Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem Waktu Solat dan Tahun Hijrah ini adalah sistem yang akan memaparkan paparan kalender terkini, pertukaran kalender dari kalender Hijrah ke kalender Gregorian dan sebaliknya, serta paparan bagi waktu solat semasa meng1kut nama bandar atau daerah yang dipilih oleh pengguna.Selain daripada itu, pengguna juga dapat mengetahui perkara atau peristiwa yang penting di dalam Islam mengenai cara sambutan, kenapa diraikan, bila dan bagaimana. Sistem ini dibina berasaskan laman web, ini kerana pengguna akan lebih mudah mendapatkan sistem ini daripada internet berbanding dengan aplikasi perisian. Skop bagi sistem ini adalah merangkumi paparan waktu solat, pertukaran kalender dan juga peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Sasaran bagi Sistem Waktu Solat dan Tahun Hijrah ini adalah bagi semua pengguna yang melayari laman web ini terutamanya pengguna yang beragama Islam. Metodologi pembangunan sistem yang dibangunkan adalah berasaskan model air terjun dan pemprototaipan. Perisian dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Microsoft FrontPage, Adobe Photoshop, JavaSscript.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.

Share

COinS