Date of Award
1-1-1994
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana cara membesarkan anak yang berbentuk penyayang dan terlalu mengawal oleh ibubapa mempengaruhi pembentukan motivasi pencapaian seseorang remaja. Kajian ini telah dijalankan diempat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Damansara Utama, Sekolah Menengah (P) Sri Aman, Sekolah Menengah Pandamaran Jaya dan Sekolah Menengah (L) Sultan Abdul Samad. Alat ukuran kajian yang telah digunakan terbahagi kepada dua iaitu melihat cara membesarkan anak dan mengukur motivasi pencapaian. Skil yang digunakan untuk mengukur cara membesarkan anak ialah skil The Parental Bonding Instrument (1978) sementara skil motivasi pencapaian pula iaitu skil Motivasi Pencapaian Mehrabian (1969). Seramai 150 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dengan taburan seramai 68 orang responden lelaki dan 82 orang responden perempuan. Data yang diperoleh telah dianalisa dengan kaedah ANOVA dua hala dan kaedah korelasi. Secara keseluruhan keputusan kajian menunjukan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan cara membesarkan anak dengan tingkat motivasi pencapaian para pelajar.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
Recommended Citation
Hashazah, Mohd Hashim, "Hubungan di antara cara membesarkan anak dengan motivasi pencapaian remaja / Hashazah Mohd Hashim" (1994). Pre-2000 Student Works. 998.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/998