Author

Kok Soon Tan

Date of Award

1-1-1994

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tahap dan faktor kepuasan kerja di kalangan para pekerja dalam sebuah organisasi tempatan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan tingkat kepuasan kerja dengan pembolehubah peribadi dan indikator-indikator kepuasan. Secara keseluruhannya, dikatakan pekerja berpuas hati terhadap perkerjaan mereka. Di antara faktor kepuasan kerja, didapati faktor rakan sekerja yang paling memuaskan sekali. Manakala faktor kebajikan dan pendapatan bulanan merupakan faktor yang amat tidak memuaskan. Dari segi perhubungan kepuasan kerja dengan pembolehubah ciri-ciri peribadi, dikatakan kebanyakkan tidak mempunyai hubungan yang signifikan kecuali taraf pendidikan dan taraf pendapatan. Manakala keputusan perhubungan kepuasan kerja dengan indikator kepuasan kerja juga menunjukan bahawa terdapat perhubungan signifikan antaranya. Ini bermakna, pekerja dengan berkepuasan kerja akan lebih melibatakan diri dalam pekerjaan dan tidak akan meninggalkan kerja dan sebaliknya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.

Share

COinS