Date of Award

1-1-1990

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian penulis adalah merupakan satu kajian yang berbentuk satu tinjauan bagi stu peringkat masyarakat tentang kesan daripada krisis kepimpinan yang berlaku di peringkat makro. Kajian penulis adalah bertempat di kawasan Pekan Sik, Kedah Darul Aman. Dalam bab I, penulis memberi penekanan terhadap bahan-bahan asas kajian seperti masalah, tujuan dan metodologi kajian serta konsep-konsep yang berkaitan dengan beberapa aspek kajian. Bagi bab II, penulis memfokuskan kepada latar belakang kawasan Pekan Sik dari segi lokasi serta pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat. Latar belakang politik kawan ini diketengahkan oleh penulis di dalam bab yang seterusnya. Beberapa aspek yang berkaitan dengan politik setempat diutarakan contohnya dari segi parti-parti politik yang terdapat serta peristiwa-peristiwa politik yang pernah terjadi serta keadaan politik semasa di kawasan Pekan Sik khasnya dan daerah Sik amnya. Kesan daripada krisis kepimpinan juga turut dibincangkan di dalam bab ini. Bab IV pula memberi penekanan terhadap bagaimana sambutan dan reaksi penduduk setempat terhadap penubuhan UMNO baru serta kesannya dari segi ekonomi, politik dan sosial pada penduduk setempat. Akhir sekali, penulis membuat kesimpulan tentang keadaan politik semasa di Pekan Sik khasnya tertumpu kepada UMNO baru serta masa depannya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.

Share

COinS