Date of Award
1-1-1990
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Perlindungan membawa erti perihal melindungi dalam bentuk bantuan atau pertolongan, manakala pengguna pula ialah terdiri dari orang-orang yang menggunakan barang atau perkhidmatan. Walaupun pengguna dikatakan mempunyai tanggungjawab melindungi dirinya sendiri, tetapi perlindungan tidak dapat dinikmati sepenuhnya semata-mata kerana berbagai limitasi oleh pengguna itu sendiri. Dengan sumber kewangan yang berbeza, keadaan faktor sosioekonomi, keadaan dan perkhidmata pasaran yang semakin kompleks disamping kesedaran tentang hak-hak mereka sebagai pengguna masih rendah, semua ini telah menjadikan pengguna yang pernah dikatakan sebagai ‘Raja’ di pasaran ternyata tidak berdaya melakukannya lagi. Apa yang berlaku ialah terdapatnya berbagai bentuk penyelewengan, eksploitasi dan juga penipuan dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata. Perkara diatas berlaku adalah kerana kalau dahulu pengguna adalah juga unit pengeluar dan pengguna, tetapi hari ini keadaan ini telah berbeza. Pengguna hari ini bukan lagi merupakan unit pengeluar secara tersendiri. Mereka terpaksa bergantung kepada pasaran yang mana ia dikuasai oleh pengeluar yang menjual berbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Akibatnya, pengguna menghadapi berbagai keadaan pasaran yang telah menggugat kuasa beli mereka secara bebas. Akhirnya, pengguna sentiasa terdedah kepada beberapa keadaan yang boleh memaksa mereka untuk membeli sesuatu barang tanpa memikirkan yang mana satu kehendak dan keperluan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
Recommended Citation
Alias, Jaafar, "Perlindungan pengguna dibawah Akta Sewa Beli: Kajian Kes di Kampung Bandar, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan / Alias Jaafar" (1990). Pre-2000 Student Works. 882.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/882