Author

Siew Eng Koh

Date of Award

1-1-1989

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Dalam kajian ini saya menumpukan perhatian terhadap komuniti Temiar di Kampung Merlung, Kuala Betis. Aspek-aspek yang ditekankan adalah melihat perhubungan etnik di kalangan komuniti ini dengan masyarakat luar dan melihat sejauh manakah perhubungan etnik ini telah terjalin. Kajian ini mengandungi 7 bab. Bab I mengandungi tujuan kajian, bidang kajian dan metodologi. Bab II adalah mengandungi tinjauan ringkas tentang orang-orang Temiar yang meliputi aspek-aspek identiti, asal usul, taburan, organisasi sosial, politik, ekonomi dan agama. Bab III mengandungi latarbelakang tempat kajian. Bahagian yang termasuk dalam bab ini adalah perletakan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis dan Kg. Melung, sejarah kampung, demografi dan kemudahan asas. Bab IV mengandungi hubungan ekonomi di mana melihat adakah wujud hubungan etnik semasa menjalankan kegiatan ekonomi. Bab V mengandungi dasar-dasar kerajaan terhadap Orang Asli di mana ianya meliputi projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti projek pertanian, pelajaran, kesihatan, perumahan dan kemudahan asas. Bab VI mengandungi hubungan sosial yang meliputi aspek-aspek perhambaan, perkahwinan, sistem komunikasi dan agama komuniti Temiar. Bab VII kesimpulan di mana merumuskan adakah wujud hubungan etnik di antara Orang Asli Kampung Merlung dengan masyarakat luar.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.

Share

COinS