Date of Award
1-1-1989
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian yang bertajuk “Mini Estet: Kesannya kepada pekebun kecil” ini membuat penilaian terhadap salah satu projek RISDA untuk mengatasi masalah pekebun kecil getah. Untuk meneliti masalah pekebun kecil dan kesan yang diterima dari rancangan ini, kajian kes dibuat di Mini Estet Parit Seraya , Benut Pontian , Johor. Ia merupakan rancangan percubaan yang dilaksanakan oleh RISDA Wilayah Johor Barat. Dalam bab pertama kajian, ia memberi gambaran berkenaan dengan tujuan dan kepentingan kajian ini serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dibuat. Bab kedua pula menghuraikan secara umum langkah-langkah yang telah dilakukan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil. Bab ini juga menjelaskan konsep Mini Estet serta objektif RISDA memperkenalkannya. Pengkaji juga membincangkan proses dan syarat-syarat mewujudkan Mini Estet. Manakala bab ketiga membincangkan berbagai masalah pekebun kecil Parit Seraya khususnya yang berkaitan dengan pemilihan dan penjagaan tanah. Latarbelakang kampung ini dihuraikan secara ringkas dan seterusnya perlaksanaan Mini Estet di kawasan ini. Di sini juga dibincangkan program-program yang dijalankan oleh RISDA dan penilaian dibuat untuk melihat setakat mana kejayaannya. Dalam bab keempat, tumpuan diberikan kepada kesan sosio-ekonomi yang diterima oleh pekebun kecil yang terlibat dengan rancangan ini. Aspek sosio-ekonomi ini termasuklah pendapatan, peningkatan sosial, sikap, kemudahan asas, kemampuan pekebun kecil membuat pelaburan dan kecenderungan mereka dalam bidang industri kecil. Akhir sekali, kajian ini membuat kesimpulan bahawa rancangan Mini Estet secara umumnya memberi faedah kepada pekebun kecil. Beberapa rumusan telah dibuat berkaitan dengan aspek pengurusan Mini Estet dan penglibatan para pesertanya, sistem bekerja yang diamalkan dan juga punca kegagalan projek-projek yang dirancang.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
Recommended Citation
Roslina, Ibrahim, "Mini Estet: Kesannya kepada pekebun kecil (kajian kes di Mini Estet Parit Seraya , Benut Pontian , Johor) / Roslina Ibrahim" (1989). Pre-2000 Student Works. 805.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/805