Date of Award

1-1-1988

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu, Terengganu. Tujuan kajian adalah untuk menyingkap berbagai keadaan sosio-ekonomi serta masalah-masalah yang membelenggu petani yang menyebabkan petani berada dalam kemelut kemiskinan. Permasalahan kemiskinan merupakan satu fenomena yang semakin serius yang mempunyai pengaruh dan implikasi yang mendalam terhadap sosio-ekonomi masyarakat dan negara seluruhnya. Banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar mengenai permasalahan kemiskinan ini. Kerajaan pula telah melaksanakan berbagai rancangan dari Rancangan Malaysia Pertama (1961-1925) hinggalah ke Rancangan Malaysia ke empat (RME) untuk menyelesaikan permasalahan ini. Namun, kemiskinan terus berlaku untuk melengkapkan kajian yang telah dijalankan. Pengkaji telah menerangkan dalam lima bab. Di dalam bab pertama diterangkan tujuan kajian, bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian luar. Kesulitan-kesulitan dan cara mengatasinya serta pemilihan tempat kajian. Bab II dihuraikan Daerah Hulu Terengganu secara umum. Ia meliputi struktur pentadbiran, penduduk, sumber-sumber ekonomi petani, taraf pendidikan, pendapatan dan taraf teknologi penyesuaian yang disukai oleh petani. Bab III adalah untuk melihat latar belakang sejarah an aspek sosial serta kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan yang meliputi kemudahan pembangunan elektrik bekalan, bekalan air, pendidikan dan kesihatan. Bab IV pula menerangkan secara khusus mengenai aspek ekonomi penduduk kampung Kuala Kejir yang meliputi pekerjaan, pemilikan tanah, pendapatan, perbelanjaan, pola simpanan dan hutang. Bab V merupakan satu kesimpulan terhadap bab-bab yang lalu. Di samping itu juga terdapat saranan-saranan untuk ditujukan kepada pihak yang berwajib untuk meninggikan lagi taraf sosial-ekonomi para petani miskin.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.

Share

COinS