Date of Award
1-1-1988
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Dalam usaha menghasilkan padi, pesawah padi dilanda oleh masalah-masalah. Dalam bab I, pengkaji mencatatkan tujuan kajian, bidang dan skop kajian, kepentingan kajian dan kaedah kajian serta masalah-masalahyang dihadapi semasa menyiapkan projek penyelidikan ini. Dalam bab II, pengkaji meninjau latar belakang kaawasan dan penanaman padi di Semenanjung Malaysia. Antara aspek-aspek yang diteliti termasuklah ciri-ciri penanaman padi. Seterusnya pengkaji juga meninjau pengelolaan perusahaan padi dari segi tenaga buruh, pola pemilikan, pengairan dan sebagainya. Dalam bab III, pengkaji membincangkan konsep dan teori serta pengukuran kemiskinan. Seterusnya pengkaji juga membincangkan secara umum keadaan kemiskinan di kalangan pesawah padi. Dalam bab IV, pengkaji menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pesawah padi seperti bentuk muka bumi, musuh tanaman, pola pemilikan tanah, pemasaran, masalah kredit, pengairan, sikap dan nilai pesawah padi. Seterusnya dalam bab V, pengkaji meninjau peranan dan prestasi agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mengatasi atau mengurangkan masalah-masalah tersebut dan seterusnya meningkatkan pengeluaran padi. Dalam bab VI, pengkaji merumuskan masalah-masalah yang dihadapi oleh pesawah padi dan mengaitkannya dengan teori kemiskinan. Akhirnya pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan atau altenatif kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam usaha mengatasi atau mengurangkan masalah-masalah pesawah padi.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
Recommended Citation
Ong, Siow Ling, "Masalah-masalah pesawah padi di Semenanjung Malaysia / Ong Siow Ling" (1988). Pre-2000 Student Works. 768.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/768