Author

Yoon Mui Wong

Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini memberikan gambaran secara menyeluruh tentang keadaan di kampung Durian Tipus. Ianya bukan satu kajian yang terperinci. Apa yang cuba dikemukakan ialah bagaimana kaitan antara sistem kekeluargaan dengan ekonomi. Kedua-duanya adalah saling mempengaruhi dalam masyarakat tradisi Cina. Di Malaysia, perubahan dalam bidang ekonomi telah membawa perubahan dalam hubungan kekeluargaan. Kesedaran ibubapa terhadap pelajaran telah menyebabkan anak-anak mencapai kelulusan yang tinggi dan berjaya menjawat jawatan yang baik dalam jabatan kerajaan atau swasta. Di samping perubahan, terdapat amalan yang masih dikekalkan seperti sistem endogami, patronymic dan bentuk keluarga nuklear. Pertama sekal i akan menerangkan tujuan dan bidang kajian dan kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini. Lepas itu disebutkan latarbelakang dari segi fizikal ekonomi, politik, sosial, kepercayaan dan infrastruktur. Kemudian mengemukakan beberapa teori atau konsep yang sesuai untuk tajuk ini. Bab kedua, menunjukkan keadaan kekeluargaan orang Cina di kampung itu, iaitu dari aspek sistem patrilineal, bentuk keluarga, bentuk perkahwinan dan jenis tempat tinggal selepas kahwin.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1985/1986.

Share

COinS