Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri bekerja (dwi karier). Masalah yang sering ditumpukan ialah dalam konteks memenuhi peranan. Isteri yang bekerja harus mamenuhi kedua-dua peranan sebagai pekerja dan juga sebagai suri rumah. Adakah terdapat tugas-tugas yang berat yang menyebabkan tekanan kepada isteri yang bekerja? Seramai 40 pasang suami isteri dari 4 ketegori pekerjaan iaitu A,B,C, dan D telah diambil sebagai subjek kajian. Alat pengukuran yang digunakan ialah soal selidik berbentuk self administered. Keputusan menunjukan bahawa masalah yang hanya dihadapi oleh pasangan dwi-karier adalah tugas-tugas rumah. Analisis yang menggunakan ciri kuasadua menunjukan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pembahagian tenaga bagi tugas-tugas rumah mengikut jantina. Dariapda hipotesis kedua, ujian Chi Kuasadua menunjukan penglibatan yang bagi suami dalam tugas-tugas rumah. Rata-ratanya penglibatan suami masih tahap yang rendah. Pekali korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan antara perasaan tekanan dan bebanan tugas-tugas rumah. Akhirnya, ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yahg signifikan dalam proses membuat keputusan bagi pasangan tersebut. Kedua-dua suami dan isteri melakukannya secara Bersama. Keseluruhannya, kajian ini hanya menerima hipotesis pertama dan menolak tiga hipotesis lainnya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986.

Share

COinS