Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini adalah satu kajian kes mengenai kehidupan sebuah masyarakat luar bandar iaitu masyarakat petani. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keadaan sosial, ekonomi dan politik masyarakat petani berhubung dengan kemiskinan dan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Masalah kajian ini, tujuan kajian serta kaedah kajian dihuraikan dalam I. Di samping itu, kesulitan yang dihadapi semasa kerja luar serta cara mengatasi kesulitan ini juga dibincangkan dalam bab itu. Dalam bab II, dihuraikan definisi kemiskinan mengikut berbagai pendapat, pengukuran kemiskinan secara mutlak dan secara relatif dan juga teori-teori kemiskinan mengikut berbagai pendapat. Bab III adalah melihat latar belakang kampung kajian dari aspek ekonomi (pekerjaan, pemilikan tanah, pendapatan, perbelanjaan, pola simpanan dan hutang); aspek sosial (kemudahan sosial, pelajaran, kesihatan dan sebagainya); aspek politik (keangotaan parti dan sebagainya). Dalam bab IV, penduduk kampung kajian diukur untuk mengetahui sama ada mereka merupakan golongan miskin atau tidak berdasarkan pada pendapatan per kapita seisi rumah dan juga melihat jenis pekerjaan yang berhubungan dengan pendapatan rendah. Dihuraikan juga kegiatan pertanian yang merupakan aktiviti utama penduduk kampung kajian, masalah yang dihadapi pada sudut pandangan hidup penduduk kampung. Di samping itu juga, membincangkan peranan JKM dalam membantu penduduk kampung. Bab V adalah suatu kesimpulan terhadap bab-bab yang lalu dan cuba membuat beberapa rumusan ke atas teori-teori yang telah dibincangkan dalam bab II serta ke atas punca-punca kemiskinan yang ditemui. Di samping itu juga, cuba memberi beberapa saranan-saranan untuk mempertingkatkan status sosio-ekonomi penduduk kampung yang miskin.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1985/1986.

Share

COinS