Date of Award
1-1-1986
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini merupakan sebuah analisa ringkas berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di Kampung Baru Changkat Larah. Dalam kajian ini, penulisan adalah terbahagi kepada topik-topik tertentu yang ada kaitan dengan aspek-aspek kemiskinan. Bab I menghuraikan bidang dan tujuan kajian, metod-metod kajian, kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalani penyelidikan, konsep, pengukuran dan teori mengenai kemiskinan. Bab II memerihalkan latarbelakang Kawasan, latarbelakang responden serta kemudahan-kemudahan yang dinikmati seperti bekalan air dan elektrik. Bab III menyentuh aspek-aspek ekonomi seperti pola-pola pemilikan harta benda, simpanan, serta corak perbelanjaan. Bab IV melihat pendapat dan persepsi penduduk-penduduk Kampung Baru Changkat Larah dari segi penglibatan mereka dalam parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan masyarakat serta persepsi tentang masa depan anak-anak dan keluarga mereka. Bab V merupakan bab kesimpulan dari kajian yang telah dilakukan. Dalam ini, kita cuba melihat masalah kemiskinan dari perspektif budaya miskin.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
Recommended Citation
Wong, Meng Choy, "Kemiskinan di Kampung Baru Changkat Larah: Satu analisa ringkas / Wong Meng Choy" (1986). Pre-2000 Student Works. 691.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/691