Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Projek ini adalah suatu tinjauan mengenai taraf kesihatan kanak-kanak di Ladang Pajam. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memberi gambaran mendalam tentang kesihatan kanak-kanak di Sektor Ladang. Penulisan projek ini bermula dengan perbincangan mengenai tujuan dan skop kaj ian, metadologi dan masalah masalah yang dihadapi sewaktu kajian dijalankan. Juga diberi ulasan ringkas tentang karya-karya awal yang membincangkan taraf kesihatan di Sektor Ladang. Bab 2, menyatakan latar belakang sejarah Ladang Pajam, penempatan, beberapa aspek mengenai penduduk Kawasan ini dan segala kemudahan yang disediakan bagi penduduk kawasan ini. Taraf kesihatan dan taraf pemakanan kanak kanak gangguan kesihatan yang sering menimpa kanak-kanak ini dan jenis jenis rawatan yang digunakan responden dibincangkan dalam bab 3. Selanjutnya bab 4, membicarakan beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak. Ia merangkumi faktor-faktor seperti pemakanan, perumahan, sanitasi persekitaran dan faktor sosio-budaya. Akhirnya, bab 5 memberikan kesimpulan kajian dan turut dikemukakan beberapa langkah untuk membaiki kesihatan di Landang Pajam.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS