Date of Award
1-1-1986
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan utama kejian ini iala h untuk menghuraikan dan menerangkan serta membuat perbandingan ke atas perbezaan-perbezaan yang wujud di dalam industri memproses makanan, iaitu perbandingan di antara firma kecil dan firma besar. Industri- industri yang dipilih itu terdiri daripada industri memproses kicap, industri biskut dan industri mee, mee hoon dan keluaran berkait. Di bahagian permulaan kajian ini, sejarah perkembangan perindustrian dan polisi- polisi utama kerajaan yang mendorong perkembangan sektor industri tersebut akan disentuh. Bagaimananya struktur perindustrian yang bersifat dualism wujud iaitu hampir 75% daripada jumlah firmanya yang terdiri daripada firma kecil. Memandangkan wujudnya suatu struktur industri yang bersifat dualisme, kajian secara perbandingan wajar diguna untuk meneliti perbezaan- perbezaan yang wujud diantara firma besar dan firma kecil. Selain itu, sumbangan- sumbangan seperti guna tenaga, pelaburan dan hal – hal berkaitan itu akan diberi pertumpuan. Sementara itu, masalah- masalah seperti kemudahan kredit, tanah, teknologi pemasaran dan pengurusan dan teknologi pengeluaran turut diberiperhatian. Akhirnya, beberapa saranan atau cadangan yang dianggap wajar akan dipertimbangkan unt uk mengatasi masalah- masalah yang dihadapi dan mempastikan objektif pembangunan perindustrian dicapai tanpa sebarang kerumitan .
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
Recommended Citation
Yap, Wai Meng, "Industri memproses makanan - Satu kajian perbandingan di antara perusahaan saiz kecil dan saiz besar. (Satu kajian kes ke atas industri memproses makanan di Wilayah Persekutuan dan kawasan – kawasan persekitarannya) / Yap Wai Meng" (1986). Pre-2000 Student Works. 670.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/670