Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian dilakukan di Langkap, sebuah kampong baru dan pekan kecil di selatan Negeri Perak. Ia melihat komuniti Cina secara keseluruhan dalam 6 bab. Bab pendahuluan: Kaedah temubual formal dan informal, pemerhatian dan kajian perpustakaan digunakan untuk latihan ilmiah ini. Responden rasmi untuk kajian ini pula adalah 33 orang. Beberapa masalah ditemui semasa kajian luar tetapi ia dapat di atasi. Bab I: Langkap diperkenalkan kepada pembaca dalam bahagian ini dari segi kedudukannya, sejarah perkembangannya dan sedikit sebanyak tentang keadaannya hari ini. Bab II: Jentera pentadbiran tempatan pada asasnya terdiri dari system penghulu. Dengan peralihan masa, fungsiny telah berubah dan diambilalih oleh Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Ini kemudian digantikan dengan sistem pentadbiran Majlis Daerah. Bab III: Dalam bab ini, ekonomi, pelajaran dan pertubuhan sosial, politik dan sistem kepercayaan di Langkap ditinjau. Penduduk Langkap bergantung kepada pertanian dan pimpinanya terdiri dari pemimpin MCA cawangan Langkap dan pemimpin pertubuhan social di Langkap. Bab IV: Dua aspek perhubungan komuniti Cina Langkap ditinjau iaitu dengan komuniti bukan Cina di Langkap. Situasi yang membawakan perhubungan ini dibincangkan dalam aspek ini. Bab V: Beberapa penemuan penting dalam kajian ini disimpulkan. Antaranya didapati ramai belia Cina di Langkap berhijrah untuk mencari kerja di Singapura. Dengan membandingkan kajian ini dengan 4 kajian lain (Newell, Nyoe, Strauoh dan Loh) dapat disimpulkan bahawa ibubapa sedar akan kepentingan pelajaran formal anak-anak mereka sekarang. Berkenaan dengan organisasi tempatan, didapati OBBML dan MCA Langkap mempunyai pertalian yang rapat.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
Chai, Sai Hon, "Langkap: Satu kajian komuniti Cina / Chai Sai Hon" (1984). Pre-2000 Student Works. 596.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/596