Author

Yoke Snow Lim

Date of Award

1-1-1984

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kampung Bahru Cina adalah suatu fenomena sosial yang bermula dalam tahun-tahun 1950an. Ia timbul sebagai kesan langsung daripada tindakan kerajaan British untuk mencegah ancaman komunis di Tanah Melayu. Di dalam usahanya itu, British telah memulakan program petempatan semula penduduk luarbandar di dalam kampung-kampung yang terpagar dan terkawal yang dikenali sebagai kampung-kampung bahru. Masalah perumahan di Malaysia kelihatan semakin ketara dari setahun ke setahun. Penduduk semakin bertambah sedangkan rumah-rumah yang wujud dan yang berada dalam berbagai peringkat pembinaan tidak berkembang dengan kadar yang sama. Dalam kajian ini, penulis akan cuba melihat kaitan di anatara amasalah perumahan ini dengan fenomena kampung bahru Cina di Wilayah persekutuan. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih sebuah kampung bahru Ampang. Kertas ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama, penulis akan melihat tujuan kajian penulisan ini. Dalam bahagian kedua, penulis akan melihat sejarah serta asal usul kawasan kajian serta larbelakang secara umum serta latarbelakang responeden. Bahagian ketiga adalah tertumpu kepada aspek sosial dalam masalah perumahan di kawasan kajian tersebut. Seterusnya, penulis akan melihat aspek-aspek ekonomi dan politik dan kaitannya dengan masalah perumahan di kawasan itu. Sebagai penutup, penulis akan memberi rumusan perjumpaan dan beberapa cadangan unutk mengurangkan masalah itu.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984.

Share

COinS