Date of Award

1-1-1984

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Secara kesimpulannya, latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk meninjau berjaya atau tidaknya usaha-usaha RISDA dalam membangunkan kaum wanitanya untuk menambahkan pendapatan keluarga mereka. Dalam bab pertama, diberikan pendahuluan tentang tujuan latihan ilmiah ini dibuat serta bidang kajian dan masalah yang dihadapi. Masalah yang ketara sekali ialah tentang kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan mencukupi mengenai projek-projek RISDA kerana kurangnya pengawasan terhadap projek ini. Dalam bab kedua, diterangkan erti pembangunan serta peranan wanita lantas dikaitkan peranan wanita khasnya wanita pekebun kecil dalam pembangunan. Bab ketiga pula diperkenalkan RISDA sebagai sebuah badan kerajaan yang berfungsi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini di lengkapi dengan huraian mengenai tugas-tugas RISDA, struktur pentadbirannya serta bahagian-bahagaian yang membentuk RISDA termasuklah PWPK dan Karyadesa dalam bahagian pembangunan sosio-ekonomi. Bab keempat pula PWPK diteliti dengan terperinci akan tujuan-tujuan, organisasi pentadbirannya, kegiatan-kegiatan yang dilakukan, keberkesanan dan masalah yang dihadapi oleh PWPK. Oleh kerana prestasinya adalah rendah, maka didapati PWPK gagal melaksanakan tugasnyai iaitu sebagai projek ekonomi untuk menambah pendapatan tetapi diandaikan agak berjaya dari segi pembangunan individu yang telah menghadiri kelas-kelas demonstrasi serta lain-lain bentuk kemahiran. Bab kelima Karyadesa juga diteliti dengan itu dihuraikan tujuan-tujuannya, organisasinya serta perjalanan Karyadesa. Bab keenam ialah tentang prestasi Karyadesa dan masalahnya. Bab ini dipisahkan daripada bab lain kerana untuk melihat keberkesanannya terhadap wanita pekebun kecil. Oleh itu, kesimpulannya tentang latihan ilmiah ini ialah unutk melihat peranan wanita dalam pembangunan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.

Share

COinS