Date of Award
1-1-1983
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Tesis ini adalah hasil daripada satu kajian yan telah dijalankan di dalam sebuah pusat pemulihan dadah Kristian di Selangor. Pengkaji telah melibatkan dirinya sebagai seorang ‘participant-observer’ selama satu bulan setengah (1-3-82 hingga 15-4-82) di dalam psuat tersebut. Walaupaun banyak data dan maklumat telah dikumpulkan oleh pengkaji, tidak semuanya akan digunakan dalam penulisan tesis ini. Tmpuan tesis ialah untuk memberikan para pembaca yang berminat sedikit sebanyak pemahaman mengani usaha-usaha yang dilakukan oleh sebuah pusat pemulihan Kristian. Pengkaji telah pun memilih maklumat-maklumat yang releven sahaja untuk tesis ini yang berfokus terhadap oraganisasi dan program pemulihan yang diamalkan diamalkan di alam pusat berkenaan. Bab-bab yang terkandung didalam tesis ini boleh difahami dengan dengan mudah. Bab I merupakan suatu pengenalan dalam mana fenomena penagihan dadah didefinasikan dan pendekatan pemulihan secara “soteriological’ itu diperkenalkan. Juga terkandung didalam bab ini ialah objektif dan skop kajian pengkaji termasuk juga cara bagaimana beliau telah mengendalikan kajiannya. Bab II menyentuh tentang corak organisasi pusat pemulihan tersebut. Bab III pula meneliti pendekatan pemulihan yang diamalkan dan cara-cara bagaimana programnya dikendalikan. Bab IV cuba meninjau kesan-kesan program dan berbagai masalah yang dihadapi dalam usaha-usaha pemulihan oleh pusat tersebut (berdasarkan jangkamasa pendek sahaja). Bab V merupakan kesimpulan tesis. Didalamnya terkandung beberapa implikasi-implikasi penting yang diperolehi hasil dari kajian yang telah dilaksanakan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.
Recommended Citation
Kee, Sok Wai, "A case study of a Christian drug rehabilitation centre in Selangor: Its organization and programme of rehabilitation / Kee Sok Wai" (1983). Pre-2000 Student Works. 552.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/552