Author

- Anonymous

Date of Award

1-1-1982

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Ini ialah satu kajian sosio-ekonomi di Kampong Ajai, di negeri Pahang. Tumpuan kajian ialah ke atas peranan dan sumbangan oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan dalam usahanya untuk memajukan masyarakat luar bandar dengan penumpuan khas kepada pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan. Penulisan ini sebenarnya mengandungi tujuh bab. Bab I menerangkan tujuan dan kepantingan kajian, method kajian, bidang serta masaalah kajian. Di sebabkan kajian ini termasuk bidang pembangunan, bab II membincangkan secara ringkas konsep pembangunan dan pembangunan masyarakat di Malaysia. Bab III pula membentangkan latar belakang kawasan kajian dan sosio-ekonomi responden. Bab IV menumpukan perbincangan mengenai pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan berhubung dengan perkara-perkara penubuhannya, struktur dan organisasi serta strategi dan aktiviti pembangunan yang disediakan. Program-program pembangunan yang disediakan oleh pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan di Kampong ini serta penyertaan dikalangan responden akan dibincangkan dalam bab V penumpuan di sini akan dibuat berdasarkan kepada aspek penyertaan, pencapaian, keberkesanan dan implikasi yang timbul darinya. Bab VI pula akan dibincangkan program-program pembangunan yang disediakan oleh lain-lain agensi dan jabatan kerajaan dan termasuk perbincangan ringkas mengenai infrastruktur dan kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan kepada penduduk-penduduk kampong ini. Bab VII pula merupakan bab penutup dengan sedikit rumusan dan kesimpulan hasil dari penemuan kajian ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982.

Share

COinS