Author

Guat Lian Yee

Date of Award

1-1-1982

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Dalam usaha untuk membuat latihan ilmiah ini, pengkaji telah menjalankan kajian luarnya si Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan dan sikap wanita dalam pekerjaan khususnya kaum wanita di sektor awam. Berhubung dengan itu, pengkaji telah membahagikan latihan ilmiah ini kepada 6 bab. Bab I pengkaji telah menghuraikan bidang serta tujuan kajian. Di samping itu, pengkaji juga menerangkan metode kajian yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian luar. Bab II pengkaji telah membuat huraian mengenai teori dan konsep-konsep yang digunakan di dalam latihan ilmiah ini khususnya konsep peranan dan sikap. Bab III adalah bab di mana pengkaji menghuraikan latar belakang responden serta faktor-faktor yang mendorong penglibatan wanita dalam pekerjaan. Bab IV pula pengkaji telah membincangkan sejauhmana penglibatan wanita memberi kesan ke atas hubungan dengan suami, anak-anak dan juga keluarga di kampung. Di samping itu, dalam bab yang sama pengkaji menghuraikan pola perbelanjaan oleh wanita-wanita ini. Bab V pengkaji telah meninjau penglibatan wanita dalam kegiatan-kegiatan sosial yang terdapat di tempat kerja sama ada yang bercorak formal atau informal. Dalam bab ini juga, pengkaji menghuraikan implikasi penglibatan wanita dalam pekerjaan ke atas saiz famili. Bab VI merupakan rumusan keseluruhan kajian di mana dikaitkan antara teori dan konsep dengan dapatan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.

Share

COinS