Author

- Anonymous

Date of Award

1-1-1981

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian mengenai nilai positif dan negative anak-anak dan kaitannya dengan motivasi kesuburan. Kajian ini juga meninjau serba sedikit mengenai saiz family, amalan perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mungkin atau boleh mempengaruhi amalan perancangan keluarga. Kajian ini di lakukan di dalam masyarakat (khususnya keluarga nelayan) Melayu. Dalam bab I, penulis memberikan serba sedikit perkara-perkara mengenai kepentingan dan tujuan kajian serta kaedah kajian. Bab II menghuraikan konsep-konsep, teori dan pendekatan yang digunakan dan dijadikan panduan untuk kajian ini. Bab III pula menumpukan pada aspek nilai dan kos anak-analk dari sudut ekonomi dan bukan ekonomi serta setakat mana ia boleh diaplikasikan pada masyarakat yang di kaji. Bab IV pula melihat motivasi kesuburan dan kaitan-kaitannya dengan nilai dan kos anak-anak. Bab V perhatian diberi pada perbincangan mengenai kaitan saiz keluarga, amalan perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan perancangan keluarga. Bab akhir iaitu bab VI memberi kata dua tentang keseluruhan kajian ini dan saranan-saranan pada aspek tertentu terutama dalam hal perancangan keluarga.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1980/1981.

Share

COinS