Author

Pin Loon Lim

Date of Award

1-1-1981

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian "exploratory" dan deskriptif ini tertumpu pada soal penglibatan pekerja. Subjek-subjek adalah pekerja-pekerja wanita di sebuah kilang elektronik "multi-national " di Pulau Pinang, data-data yang terkumpul adalah hasil dari dua bulan penyertaan-penerhatian (Mac-Mei 1980) dan juga hasil dari satu kajian soal selidik (Ogos 1980). Kajian ini mengukur darjah penglibatan wanita-wanita kilang itu dan meninjau hubungan penglibatan dengan beberapa angkubah latar belakang. Kajian ini juga mengaitkan soal penglibatan pekerja dengan masalah-masalah umum dalam proses industrialisasi. Bab I membentangkan masalah kajian, kepentingan kajian, isu-isu metodologi yang mempengaruhi rangka kajian dan satu penjelasan tentang bagaimana kajian ini dijalankan. Bab II meninjau secara ringkas penulisan yang berkaitan dengan soal penglibatan pekerja. Pandangan-pandangan dan penemuan-penemuan beberapa orang ilmuwan dan pengkaji di kemukakan dalam bab ini. Bab III menghuraikan latar belakang kilang. Ia meliputi aspe-aspek seperti sejaranh pekembangan industri elektronik di Bayan Lepas Free Trade Zone, organisasi dan proses-proses pengeluaran di kilang itu, pola pekerjaan seharian dan sebaginya. Bab IV menganalisakan data-data dari penyertaan-pemerhatian dan kajian soal selidik. Bab V membentangkan beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan pekerja. Ia menerangkan bagaimana “unique”nya situasi tenagakerja dalam industri elektronik dengan menekankan masalah-masalah yang mungkin timbul dari penglibatan pekerja. Bab kesimpulan menunjukkan beberapa persamaan di antara penemuan kajian ini dan penemuan-penemuan dari kajian yang lain. Juga dicadangkan beberapa “trend” untuk masa kelak berhubung dengan soal penglibatan pekerja di industri elektronik.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1980/1981.

Share

COinS