Author

- Anonymous

Date of Award

1-1-1981

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini telah dijalankan selama sebulan antara pertengahan bulan April hingga pertengahan bulan Mei. Adapun tumpuan kajian ini adalah terhadap masalah kemiskinan yang terdapat di kalangan petani Kadazan. Kajian ini melihat kemiskinan dari sudut kekurangan teknologi dan sikap yang negatif di kalangan petani. Petani Kadazan ini didapati memiliki tanah getah yang lebih luas daripada tanah sawah. Tetapi tanah getah mereka tidak diusahakan dengan sepenuhnya. Bagi mereka tanah sawah adalah amat penting sekali. Teknologi dalam penanaman padi adalah rendah dan akibatnya tingkat pengeluaran juga rendah. Sikap petani ini terhadap teknologi moden tidak lah seburuk-buruknya dengan sikap mereka terhadap pelajaran. Apa yang didapati dalam kajian ini ialah ramai anak-anak petani tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Dalam masa yang sama juga terdapat anak-anak petani yang tidak mempunyai sebarang Pendidikan. Ini berpunca daripada sikap petani yang tidak menitik beratkan tentang pelajaran anak-anak mereka. Dalam kajian ini juga punca-punca pendapatan petani adalah penting juga untuk menjelaskan kemiskinan. Didapati mereka ini bergantung pada sumber-sumber pendapatan dari jualan sayur-sayuran, jualan binatang ternakan, jualan getah dan sebagainya selain daripada pengeluaran padi. Hasil padi ini tidak di jual oleh petani tetapi untuk keperluan sendiri. Pada keseleuruhannya pendapatan petani dari semua punca adalah rendah.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1980/1981.

Share

COinS