Date of Award
1-1-1981
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini menumpukan perhatian kepada pengalaman-pengalaman penghuni-penghuni dalam satu jenis institusi yang dikonsepsikan sebagai. “Total institution”. Institusi yang dikaji ialah Pusat Pemulihan Dadah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, atau dengan ringkasnya PPDBM. PPDBM didapati menunjuk.kan ciri-ciri tertentu yang seakan-akan sama dengan sifat-sifat yang dikaitkan pada konsep institusi “Total”. Seterusnya, pendekatan Goffman yang mencorak “Total institution” telah diterima sebagai sesuai untuk mengkaji keadaan pengalaman-pengalaman penghuni-penghuni di PPDBM. Akibat daripada penemuan-penemuan pengkaji sebagai seorang “Participant observer” di PPDBM, aspek-aspek pengalaman penghuni dan corak pengubahan penghuni terhadap keadaan pengalamannya telah dihuraikan dan kemudiannya dibincang. Selanjutnya, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa aspek fizikal dan komuniti sesebuah institusi seperti PPDBM adalah mempengaruhi pengalaman dan tindak-balas penghuni-penghuni. Syor-syor telah dikemukakan oleh pengkaji, berasaskan pendapat-pendapatnya yang berhasil daripada pengalaman kajian ini. Akan tetapi, kelemahan kajian juga diakui dan cadangan-cadangan sewajarnya disokong.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1981/1982.
Recommended Citation
Chan, Kok Kian, "Inmate institutional experiences: A case study at Pusat Pemulihan Dadah, Bukit Mertajam, Penang / Chan Kok Kian" (1981). Pre-2000 Student Works. 508.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/508