Author

Bakar Mohamed

Date of Award

1-1-1980

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ilmiah ini dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat lagi pola-pola gaya hidup seniman popular tempatan yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi piring hitam dan pentas, pelakun-pelakun filem dan drama talevisyen serta pelawak-pelawak filem dan pentas yang popular. Ini ialah memandangkan kewujudan kelompok ini telah mendapat publisiti yang luas serta ianya telah menarik perhatian masyarakat umum. Untuk melihat aepek-aspek gaya hidup mereka, mereka kajian ini dibahagikan ke dalam beberapa bab. Bab pertama membincangkan tentang latarbelakang kajian dan konsep-konsep yang digunakan. Bab kedua ialah mengenai latar belakang sosio-ekonomi reaponden, iaitu mengenai asas utama penglibatan dalam bidang seni, tingkat populariti, pencapaian dalam bidang seni popular, pola-pola pendapatan, pencapaian akademik, pengalaman, umur, latar belakang keluarga asal serta penglibatan mereka dalam bidang seni. Bab ketiga pula mengenai beberapa aspek gaya hidup mereka yang dilihat dari segi kawasan tempat tinggal, jenis penginapan dan rumah, perhiasan dan alat perabut, pemilikan kenderaan, pembantu rumah, jodoh dan perkahwinan, sosialisasi terhadap anak-anak, cara mengisi masa lapang , parjalanan keluar negeri, fesyen pakaian, menjaga kecantikan, tempat-tempat membeli belah dan akhir sekali mengenai pola-pola prbelanjaan. Bab keempat pula dibinoangkan mengenai sikap mereka terhadap ugama dan politik, hubungan sosial di kalangan mereka baik 'primary' ataupun 'secondary' serta aktiviti-aktiviti dan penglibatan mereka dalam persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk kepentingan mereka. Bab yang terakhir ialah penutup yang membincangkan tentang kesimpulan-kesimpulan yang didapati dari hasil kajian ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.

Share

COinS