Date of Award
1-1-1980
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini ialah mengenai pergerakan belia di Negeri Sembilan. Tumpuan kajian ini dibuat ke atas beberapa pertubuhan belia yang terkemuka di peringkat Negeri iaitu Majlis Belia Negeri, Gerakan Belia 4B, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia serta Majlis Belia Daerah Kuala Pilah. Pertubuhan ini selain daripada fungsi utamanya sebagai badan penyelaras kepada pertubuhan-pertubuhan belia lainya yang terdapat di negeri ini. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat sama ada pergerakkan belia ini telah mencapai matlamat dan cita-cita negara untuk membela, membimbing serta meninggikan lagi kedudukan belia di negara ini terutama sekali dikalangan belia di luar Bandar didalam berbagai bidang pembangunan. Umpamanya dibidang pertanian, perniagaan, perusahaan, kebudayaan, sukan menerusi projek/aktiviti yang dijalankan mereka. Pebincangan juga meliputi bidang struktur pergerakan dan pentadbiran termasuk latar belakang organisasi belia Malaysia. Selain itu, sifat-sifat umum kepimpinan, keahlian, masalah-masalah yang dihadapi dalam pertubuhan, aktiviti-aktiviti setiap pergerakan dan perhubungan pergerakkan dengan badan-badan belia lainya juga dibincangkan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.
Recommended Citation
Habibah, Mohd. Yusoff, "Kajian mengenai pergerakan belia di Negeri Sembilan / Habibah Mohd. Yusoff" (1980). Pre-2000 Student Works. 498.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/498