Date of Award

12-1-1978

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian mengenai PPPK, dengan membuat tinjauan ke atas PPPK Wakaf Bata ini telah di titik beratkan kepada beberapa perkara, iaitu mengenai Struktur, Organisasi dan Aktibiti-Aktibiti PPPK itu. Ini adalah bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat Lagi tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh PPPK dan juga RISDA dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat pekebun kecil getah. Kajian ini dibahagikan kedalam beberapa bahagian. Dalam bab 1 kita membicarakan serba sedikit tentang keadaan sosio ekonomi pekebun kecil secara am. Untuk menerangkan keadaan ini, telah dibicarakan serba sedikit tentang sejarah perusahan getah di negara ini, yang seterusnya membawa kepada perusahan gerah pekebun-pekebun kecil. Dengan inilah menimbulkan pembicaraan kita ke atas sosio-ekonomi goongan ini. Secara umumnya pekebun kecil ini telah menghadapi beberapa masalah, seperti masalah tanah yang sempit, pengeluaran yang kurang, pemasaran dan juga sikap dan nilai. Dalam bahagian ini juga diterangkan tentang dasar-dasar kerajaan membangunkan masyarakat luar bandar, yang termasuklah pekebun-pekebun kecil getah. Kita dapat rumuskan dasar-dasar kerajaan adalah seperti berikut: i. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menggunakan taknik dan cara-cara baru. ii. Menabahkan peluang yang dapat menukarkan sektor yang rendah keluaran kepada sektor yang lebih menguntungkan. iii. Mengadakan kemudahan-kemudahan sosial yang dapat meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.

Share

COinS