Date of Award

12-1-1978

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Motif kajian seperti yang telah diterangkan sebelum ini ialah untuk meninjau sejauh manakah berlakunya perubahan samada dari segi sikap, nilai dan sebagainya dan adakah perubahan ini akan dapat diperkekalkan seterusnya. Agen perubahan yang dimaksudkan dalam kajian ialah RRI. Di sini RRI bertindak atau bersifat sebagai satu badan yang cuba membawa perubahan terhadap pekebun-pekebun kecil getah. Jadi keseluruhan dan kesimpulan kajian ini nanti diharapkan dapat memperlihatkan raaksi pekebun kecil getah terhadap innovasi dan perubahan dan apakah perubahan ini kekal atau hanya wujud semasa adanya pemerhatian dan kawalan pegawai pegawai agen perubahan itu? Perubahan dalam erti kata yang sebenarnya di negara kita ini ialah dalam bentuk 'Perubahan Berancang' yang mengikut Bennis, Benne dan Chin dalah satu perubahan sosial yang, "... conscious, deliberate and intended at least on the part of one or more agents related to the change attempts". Mereka juga berpendapat, strateji bertindak telah bertukar daripada "ideological form to technical one. The shift has been from, 'should we seek to plan change' to 'how to plan particular change for particular people in particular setting'". Di Malaysia, kerajaan menjalankan perubahan berancang seperti yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga. Bagaimanapun, pekebun-pekebun kecil getah masih tetap dengan keadaan lama mereka.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1978.

Share

COinS