Date of Award
1-1-1978
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan akademik ini ialah mengenai satu kajian demografi sosial di Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor. Secara ringkasnya, penulis telah membuat penghuraian tentang pengenalan ke atas masyarakat yang dikaji khususnya tentang sejarah dan latar belakang sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Juga diterangkan dalam latihan ini ialah tentang latar belakang ilmu alam seperti mana yang terdapat di kawasan yang dikaji. Sebahagian besar daripada latihan ini adalah ditumpukan ke atas analisa data-data demografi yang dikumpulkan semasa penulis membuat kajian di kawasan yang telah ditetapkan. Penganalisaan adalah ditumpukan pada aspek-aspek ciri penduduk dan dinamika penduduk seperti struktur umur dan seks, nisbah seks, fertiliti, moraliti, pola-pola penghijrahan dan juga tentang pertumbuhan penduduk. Akhir sekali, penulis telah membuat satu rumusan terhadap perkara-perkara penting yang diperoleh daripada penganalisaan kajian di samping memberikan cadangan-cadangan untuk kajian selanjutnya dalam bidang ini.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.
Recommended Citation
Anwar, Mohd, "Satu kajian demografi sosial ke atas penduduk-penduduk di Labuhan Dagang, Banting, Selangor / Anwar Mohd" (1978). Pre-2000 Student Works. 473.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/473