Satu kajian mengenai ekosistem manusia di Kampung Lubuk Kelubi, Ulu Langat, Selangor / Majid Mohamed
Date of Award
1-1-1978
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah satu kajian mengenai ekosistem manusia di Kampung Lubuk Kelubi, Ulu Langat, Selangor. Tujuan utama latihan ilmiah ini ialah untuk membuat suatu penggambaraan tentang interaksi penduduk-penduduk kampung tersebut dengan persekitarannya samada persekitaran yang berbentuk biotic atupun fizika. Di dalam Bab Dua dihuraikan mengenai beberapa elemen ekosistem yang terdapat di Kampung Lubuk Kelubi ini yang mana ianya dikelompokkan di bawah tiga kumpulan persekitaran yaitu persekitaran biotic, persekitaran biotic dan persekitaran sosial. Di dalam Bab Tiga dibincangkan mengenai sungai yaitu salah satu daripada elemen ekosistem yang penting di kampung ini. Di bab tersebut juga dibincangkan mengenai kegunaan sungai, masaalah pencemaran sungai dan kesan-kesan dari pencemaran. Mengenai kegiatan pertanian dan penternakan di Kampung Lubuk Kelubi ini dihUraikan di dalam Bab Empat. Bab Lima adalah bab penutup dan di bab tersebut beberapa rumusan dibuat. Pada keseluruhan, data-data yang digunakan di dalam latihan ilmiah ini adalah diperolehi hasil dari kajian yang telah dilakukan selama lebih kurang sebulan di kampung tersebut.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.
Recommended Citation
Majid, Mohamed, "Satu kajian mengenai ekosistem manusia di Kampung Lubuk Kelubi, Ulu Langat, Selangor / Majid Mohamed" (1978). Pre-2000 Student Works. 472.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/472