Date of Award
1-1-1974
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Projek Perayeran Muda (PPM) ialah satu projek pembangunan pertanian, iaitu suatu proses melalui masa, di mana petani-petani akan menjadi lebih produktif dengan menambahkan pengeluaran hasil, dengan mengeluarkan hasil dengan kos yang lebih rendah, atau dengan kombinasi kedua-duanya sekali. Projek ini ialah projek raksaksa kerajaan Malaysia, satu usaha sedar mahu memperkenalkan teknik baru pada persawahan kepada petani-petani di kawasan projek itu dan membimbing mereka kearah menggunakannya, untuk dapat ianya nanti 'diincorporatekan' kedalam masyarakat petani. Usaha sedar ini mahu mengubah cara pendekatan petani pada persawahan kesuatu yang berbentuk lebih moden dan menguntungkan petani-petani sendiri. Untuk tujuan ini PPM telah menganjurkan kepada petani perubahan daripada penanaman pada sekali setahun seperti yang telah sejak zaman berzaman dipraktikkan di kawasan yang terlibat dalam projek ini, kepada penanaman dua kali setahun (P 2 k/t) dan inilah inti kepada pembaharuan pada persawahan yang disarankan oleh PPM pada keseluruhannya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1973/1974.
Recommended Citation
Mohtar, Abas, "Projek pengairan muda di kampung permatang bongor, kota setar, Kedah (Satu tinjauan mengenai kesannya terhadap corak persawahan dan sosio-ekonomi petani) / Mohtar Abas" (1974). Pre-2000 Student Works. 360.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/360