Date of Award
1-1-1974
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Untuk tujuan kajian ini, perkataan atau istilah jenayah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan manusia yang melanggar norma-norma masyarakat yang dilembagakan didalam undang-undang negara (khususnya undang-undang jenayah). Disini negara itu ialah Malaysia. Iaitu perlakuan-perlakuan yang mengikut undang-undang, sesiapa yang melakukannya boleh di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman yang setimpal dengannya. Bila kajian ini dilakukan keatas banduan-banduan, bererti banduan-banduan itu pernah melakukan jenayab, pernah di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman penjara. Tetapi jenis-jenis jenayah serta kadar sesuatu jenis jenayah itu dilakukan tidaklah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan dimana sipelakunya ditangkap oleh pehak polis dan seterusnya dipenjarakan sahaja, ia termasuk juga jenayah-jenayah yang dilakukan oleh banduan-banduan tetapi tidak di tangkap oleh pehak polis kerana sebab-sebab tertentu. Keterangan ini didapati dari pengakuan banduan-banduan sendiri. Disini pengkaji menyedari dan mengakui bahawa keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak semestinya benar dalam ertikata yang tepat, tetapi didalam pengetian yang luas ia boleh menerangkan tentang fenomena yang benal-benar barlaku. Maksudnya, keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak sampai menyimpang daripada fenomena yang bena-benar berlaku. Angka-angka tentang kekerapan melakukan sesuatu jenis jenayah dan tentang bilangan jenis jenayah yang dilakukan mengikut keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan tentulah tidak tepat - kerana untuk itu disamping masaalah-masaalah lain ia memerlukan dayaingat yang sempurna dan ini adalah sesuatu yang mustahil - tetapi keterangan-keterangan yang diberikan oleh mereka itu dapat dianggap sebagai reprisentatif; dengan andaian mereka tentunya ingat dan menerangkan sesuatu yang panting dan reprisentatif didalam masaalah yang berkenaan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973/1974.
Recommended Citation
Che Shamsudin, Othman, "Pola-pola banduan-banduan lelaki Melayu Kuala Lumpur di Penjara Pudu / Che Shamsudin Othman" (1974). Pre-2000 Student Works. 350.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/350