Date of Award

1-1-1973

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Masyarakat Batek Ndong sekarang telah menuju kearah kehidupan yang lebih menetap daripada masa-masa kebelakangan. Mereka bukan lagi pemburu dan pengumpul bahan-bahan makanan semata-mata seperti yang didapati oleh pengkaji-pengkaji barat yang membuat kajian-kajian mereka pada tahun 1913 - William Hunt, Schebesta dan Skeat. Tetapi sekarang kita dapati bahawa mereka telah berjaya mencapai satu peringkat kemajuan ekonomi yang bersifat pertanian dan bukan pertanian. Mereka telah menjalankan aktiviti pertanian pindah dan padi huma merupakan tanaman yang utama. Selain dari itu mereka menanam sayuran seperti bende, terong dan lain-lain. Setakat hari ini kita dapat memberi penjelasan bahawa sistem ekonomi mereka ini hanyalah dalam peringkat "subsistence" atau ekonomi sara hidup. Dengan ekonomi bercorak "sara hidup" ini ada juga aktiviti-aktiviti bukan pertanian yang dilakukan seperti menoreh getah dan memotong rotan. Mereka juga tidak ketinggalan dalam memakan gaji dengan taukeh cina dan orang-orang melayu sebagai buruh kasar.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1973.

Share

COinS