Date of Award

1-1-1973

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini adalah merupakan satu 'case study' mengenai sistem kekeluargaan nisab bapa sebagai satu cara menyusun dan mengatur anggota masyarakat. Selain dari itu kajian ini juga merupakan satu huraian dan penganalisaan terhadap struktur dan organisasi sistem kekeluargaan nisab bapa. Kajian ini juga adalah merupakan satu tinjauan bagi melihat hubungan sosisal dan adat istiadat yang diamalkan bagi mengukuhkan lagi perpaduan anggota-anggota masyarakat itu. Orang kerana orang-orang Mendiling ini sedikit bilangannya dan merupakan satu masyarakat yang kecil, dengan adanya kajian ini maka dapatlah diketahui sejauh manakah masyarakat ini dikatakan masyarakat yang tertutup. Selain dari itu kajian ini juga adalah untuk memperlihatkan upacara-upacara yang diamalkan dimana ada bedanya dengan masyarakat melayu di tempat itu. Dengan yang demikian maka dapatlah diketahui nilai-nilai anggota masyarakat ini supaya dapat kelak disesuaikan bagi meluaskan hubungan diantara orang melayu tempatan dengan anggota masyarakat kecil yang terasing ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1972/1973.

Share

COinS