Date of Award

10-1-2023

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Department of Fiqh & Usul

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Hukuman mati mandatori telah lama dilaksanakan di Malaysia. Pelaksanaannya dalam sistem perundangan jenayah adalah sebagai satu langkah kerajaan dalam menjamin keadilan dan keamanan dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia, terdapat isu-isu dan masalah yang berlaku yang menimbulkan gesaan untuk memansuhkannya. Rentetan daripada itu, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori pada tahun 2018 dan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menggantikannya dengan hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah pada tahun 2022. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan isu-isu terpilih dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia menurut perspektif syariah. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu perbandingan hukuman mati mandatori berdasarkan undangundang negara dan perundangan syariah, isu dan permasalahan dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori dan kewajaran pelaksanaannya di Malaysia dari perspektif syariah dan isu-isu teknikal undang-undang dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia dari perspektif syariah. Metode kepustakaan dan temu bual semi struktur dengan persampelan purposif telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Seterusnya, data ini dianalisis menggunakan metode deduktif, induktif, tematik dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman mati mandatori wajar dikekalkan untuk kesalahan melibatkan aktiviti keganasan dan kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Manakala, hukuman mati mandatori bagi kesalahan membunuh dengan sengaja dan kesalahan yang melibatkan senjata api wajar dipinda dan digantikan dengan hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah. Selain itu kajian mendapati, hukuman mati mandatori perlu disegerakan bagi pesalah yang telah didapati bersalah dan tahap pembuktian bagi kesalahan hukuman mati mandatori mestilah pada kadar melampaui sebarang keraguan. Akhirnya, kajian menyimpulkan bahawa konsep dalam perundangan jenayah Islam mesti diterapkan secara menyeluruh agar isu-isu dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori dapat diselesaikan.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.

Share

COinS