Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh and Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Amalan pengambilan makanan segera telah menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Kini masyarakat telah mula menyedari kepentingan memilih makanan yang halal lagi baik (halalan tayyiban) dan implikasinya terhadap kehidupan duniawi dan ukhrawi. Antara isu-isu yang sering dibincangkan ialah tentang status halal produk makanan segera dari sudut bahan yang digunakan, sistem penternakan, pembiakan dan pemprosesan. Justeru, kajian ini dilakukan oleh penulis untuk mengkaji hukum pengambilan makanan segera. Ini adalah bertujuan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan menjadikan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai medan kajian lapangan. Metodologi penyelidikan yang digunakan di dalam kajian ini adalah berteraskan kajian perpustakaan, observasi serta temubual bersama responden di kalangan para ulama pelbagai aliran, pakar pemakanan, pensyarah dan pegawai perubatan. Penulis mengistinbatkan hukum berdasarkan nas-nas dari al-Quran dan al-Sunnah serta penelitian terhadap kitab-kitab turath, kitab-kitab furu’ dan sekunder, jurnal-jurnal, artikel-artikel, majalah-majalah, bahan-bahan dan maklumat dari internet serta temubual yang diperolehi. Kajian ini diharap akan menyumbang kepada beberapa penyelesaian berkaitan dengan kefahaman dan paradigma masyarakat yang meragui status halal sesetengah makanan segera serta melabelkan nya sebagai makanan yang tidak berkhasiat, memudaratkan kesihatan dan penyumbang utama kepada penyakit kronik dengan berpandukan kepada fakta dan hakikat. Hasil kajian ini mendapati hukum pengambilan makanan segera di Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah halal dan menepati ciri-ciri halalan tayyiban. Manakala pemakanan dan gaya hidup seseorang merupakan punca utama kepada penyakit.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Recommended Citation
Yahaya, Zainal Abidin, "Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya" (2011). Student Works (2010-2019). 738.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/738
5306-DISERTASI__LAMPIRAN__1,2_&_PROFIL_INFORMAN_YG_DITEMU_BUAL_TE.pdf (399 kB)
5306-DISERTASI_BAB_2_TERKINI__21.03.11..pdf (1457 kB)
5306-DISERTASI_BAB_3_TERKINI__21.03.11..pdf (411 kB)
5306-DISERTASI_BAB_4_TERKINI_21.03.11..pdf (817 kB)
5306-DISERTASI_BAB_5_TERKINI_21.03.11..pdf (155 kB)
5306-DISERTASI_BIBLIOGRAFI__TERKINI_13.10.10.pdf (395 kB)
5306-MUKA_DEPAN_DESERTASI.pdf (3 kB)