Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membicarakan mengenai Takhrij al-Hadith tumpuan terhadap riwayat-riwayat kelebihan bulan hijri dalam karya Jam’u al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani. Skop kajian ini tertumpu kepada tiga fasal kelebihan bulan hijri iaitu kelebihan Dhulhijjah, ‘Asyura’ dan Laylah al-Qadr serta malam ‘Eid. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetengahkan secara langsung status riwayat ketiga-tiga fasal kelebihan bulan-bulan Hijri yang dimuatkan dalam karya ini. Maklumat dan hasil dapatan kajian diperoleh sepenuhnya melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan metod kuantitatif. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa pengarang banyak membawa riwayat yang mardud iaitu sebanyak 59%, berbanding riwayat yang maqbul iaitu sebanyak 9%. Keadaan ini disebabkan metodologi pemakaian hadithnya yang sedikit berbeza dengan metodologi ahl al-Hadith terutamanya dalam aspek al-Targhib wa al-Tarhib. Selebihnya merupakan riwayat-riwayat yang tidak diketahui statusnya dan tidak ditemui iaitu masing-masing sebanyak 3% dan 29%. Hasil kajian turut mendapati bahawa pengarang tidak mementingkan sandaran bagi sesebuah riwayat dalam fasal-fasal yang dikaji. Ditemui sebanyak 7 buah riwayat sahaja yang didatangkan sandaran daripada 73 buah riwayat, ataupun nisbah 1:10.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Yaakob, Mohd Aizul, "Riwayat mengenai kelebihan bulan Hijri dalam Jam'u al-fawa'id wa jawahir al-qala'id oleh Syeikh Dawud al-Fatani : takhrij dan analisis / Mohd Aizul bin Yaakob" (2011). Student Works (2010-2019). 734.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/734
5296-muka_depan.pdf (31 kB)
5296-muqaddimah_depan.pdf (162 kB)
5296-tesis_lengkap_(edit_terakhir).pdf (4844 kB)