Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertajuk “Sumbangan Abd Aziz bin Abd Salam Dalam Pengajian Tafsir: Tumpuan Terhadap al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan Syaykh Abd Aziz bin Abd Salam dan sumbangannya kepada pengajian tafsir melalui karya al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an sama ada dari sudut metodologi penulisan dan pentafsiran atau pemikiran. Aspek-aspek yang menonjol dalam karya ini ialah terjemahan harfiyah, penekanan kepada kepentingan sanad, dan sebagainya. Selain itu, kajian ini bermatlamat menyoroti perkembangan pengajian tafsir al-Qur’an di Negeri Perak. Bagi mencapai objektif tersebut pengkaji telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Menerusi kajian perpustakaan pengkaji telah mendapat maklumat pensejarahan pengajian tafsir di Negeri Perak dan maklumat yang berkaitan dengan karya. Manakala kajian lapangan pengkaji menggunakan metode temu bual untuk mendapat maklumat biodata tokoh dan lain-lain. Data-data yang terkumpul dianalisis menggunakan metode kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengajian tafsir di Negeri Perak berkembang dengan baik seiring dengan tuntutan zaman. Manakala tokoh yang dikaji telah berupaya memberi sumbangan yang bermanfaat kepada pengajian tafsir di Negeri Perak melalui karya al-Bayan Pada Ta’wil Ayat-Ayat al-Qur’an.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Abdul Manas, Mohd Fazali, "Sumbangan Abd Aziz bin Abd Salam dalam pengajian tafsir : tumpuan terhadap al-Bayan pada ta'wil ayat-ayat al-Qur'an / Mohd Fazali bin Abdul Manas" (2011). Student Works (2010-2019). 737.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/737
5304-Bibliografi.pdf (89 kB)
5304-Lampiran_Gambar.pdf (2275 kB)
5304-Lampiran_Kitab.pdf (3536 kB)
5304-PRELIMINARI.pdf (86 kB)