Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Islam

Institution

University of Malaya

Abstract

Sehingga kini, ramai orang yang hanya mengamalkan keusahawanan tanpa memikirkan sama ada ianya halal atau haram kerana mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai seberapa jauh strategi keusahawanan Islam dilaksanakan di kalangan peniaga kecil di Kecamatan Neglasari, Kota Tangerang, Indonesia, mengkaji dimensi strategi keusahawanan Islam dan memeriksa perhubungan antara Strategi Keusahawanan Islam dengan hasilnya seperti; memperoleh keuntungan yang besar, bermanfaat bagi masyarakat sekitar, memperoleh kesetiaan pelanggan yang tinggi, memperoleh kepuasan hati, memperoleh ketenangan jiwa, memperoleh keredaan Allah s.w.t. Metod pengutipan data yang digunakan oleh pengkaji adalah soalselidik secara persampelan rawak dengan analisis deskriptif, analisis inferensial, terdiri daripada analisis faktor, analisis korelasi dan analisis regrasi. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat lima strategi yang digunakan oleh para peniaga kecil, iaitu strategi pelayan, perniagaan, pelanggan, pengurusan dan pengguna. Selain itu, hasil penyelidikan menyatakan bahawa sebahagian besar daripada peniaga kecil di Kecamatan Neglasari telah melaksanakan strategi keusahawanan Islam dengan baik. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa strategi pertama, iaitu strategi pelayan mempunyai pengaruh paling besar terhadap hasil Keusahawanan Islam.

Note

Disertasi (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.

Share

COinS