Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Penulisan ini adalah satu kajian perbandingan tentang metodologi penulisan kitab ilmu Mustalah al-Hadith yang dilakukan terhadap dua kitab turath iaitu kitab al-Muhaddith al-Fasil oleh al-Ramahurmuzi (m.360H) dan kitab al-Kifayah oleh al-Khatib al-Baghdadiy (m.463H). al-Muhaddith al-Fasil adalah sebuah karya pertama dalam sejarah penulisan ilmu Mustalah al-Hadith yang ditulis dalam sebuah kitab khusus berkenaan dengan kaedah-kaedah dalam ilmu ini. Manakala al-Kifayah adalah karya yang lengkap dalam ilmu Mustalah al-Hadith pada zamannya dan menjadi rujukan utama ulama hadis selepasnya. Kajian ini juga memuatkan penulisan ringkas tentang metodologi muhaddithin dalam ilmu Mustalah al-Hadith, penulisan tentang biografi kedua-dua pengarang kitab, pengenalan terhadap kedua-dua kitab tersebut dan analisa kajian perbandingan terhadap kedua-dua kitab tersebut sebagai gambaran terhadap hasil kajian.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Share

COinS